"Kadang-kadang saya benci awak"
Awak selalu merendah-rendahkan saya.
Menghina saya.
Panggil saya dungu.
Sebab saya selalu diam.
Panggil saya bodoh.
Sebab saya selalu mengalah.
Tapi,
Awak tahu kenapa saya selalu diam?
Saya diam bukan bermakna saya mengikut ataupun suka,
tetapi itulah cara saya menyatakan saya tidak bersetuju.
Awak tahu kenapa saya selalu mengalah?
Saya mengalah bukan bermakna saya penakut ataupun 'bacul',
tetapi itulah cara saya mengelakkan konflik.
Awak dan saya mungkin seperti sama,
ada rambut,
ada tangan dan kaki,
ada mulut,
tapi,
saya percaya,
hati dan pemikiran kita sangat berbeza.
2 comments:
chill bro.
anyways, welcome back to M'sia! =)
the penyair !
ade prob ke bro? tp ttp puitis lah.
Post a Comment