Thursday, 9 June 2011

The world is getting interesting.

Si Abang dan si Adik perlu ingat. Dikala ayah sedang sakit, mengapa kalian perlu bertelagah?

Sebagai seorang yang rapat, saya faham situasi anda.

Si Abang: Kamu seorang yang baran, boleh berkelakuan kurang rasional pada waktu tertentu. Tetapi, saya yakin anda boleh lebih bersabar. Anda juga boleh saya katakan lebih bertanggungjawab berbanding yang lain-lain.

Si Adik (Perempuan): Kamu pula, susah saya hendak gambarkan. Ego yang melampau-lampau. Suka memberontak. Entahlah. Tetapi, cuba melatih diri untuk bersabar? Sebab dunia ini dijadikan untuk kongsi bersama.

Si Ayah: Sakit.

Saya pula, tidak boleh terlalu masuk campur didalam hal kamu si Abang dan si Adik. Tetapi, boleh ke tidak kamu berdua cuba bersabar? Tidak banyak saya pinta, cuma bersabar dan sedikit bertoleransi. Sekurang-kurangnya untuk situasi ini.

Fahamkan?

p.s: Jika semua orang boleh berfikir dengan lebih rasional, mungkin peperangan dan konfliks akan kurang berlaku. Mungkin?

No comments: