Saturday 1 January 2011

Jangan tanya apa azam baru saya!

Sumpah, saya tak kan mampu tulis 10 azam baru untuk tahun baru jika saya diberi 1 minit untuk menyenaraikan mereka.
Betul.
Bukan otak saya bergerak lembab atau saya malas, cuma, saya kurang gemar mencipta azam baru setiap tahun.
Bila difikir-fikirkan, jika saya buat checklist, mungkin saya hanya mampu capai 2 atau 3 sahaja azam-azam itu.
So, daripada saya ada beribu-ribu azam baru yang saya mungkin tidak akan capai, baik saya bawa kehadapan sahaja azam-azam lama itu. InsyaAllah tercapai.

Mak sedikit 'bising' hari ini.
Bercerita tentang itu, tentang ini.
Saya hanya mendengar sahaja.
Mata saya tepat melihat screen laptop.
Surfing.
Tiba-tiba, tiada hujung pangkal, dia bertanya.

Mak: So, what's your new resolution?
saya: *Diam*
Mak: Hello?
Saya: Saya tiada azam tahun.
Mak: Macam mana boleh tiada azam? Maknanya you just live your life as it is la. Tiada matlamat.
Saya: Tak.
Mak: Habis tu?
Saya: OK,Saya mahu menjadi slightly cruel; therefore, I wont be toyed around by people.

Mak lihat saya dalam keadaan pelik.
*Saya pasti dalam hatinya mungkin dia rasa pelik kenapa dia ada anak lelaki yang pelik. Sedangkan ayahnya seperti normal sahaja*

1 comment:

amy_may said...

haha, well.. everyone is a bit pelik.. & i like ur new azam.. sounds like who i am