Sunday, 12 July 2009

Monolog Dalaman [ somber+]

Baik.
Mari bermula...

Perjalanan hari ini sama seperti semalam. Kalau hendak diki....


*hati menyampuk*

"Sapa kata? Lainlah,"


*menyampuk lagi*

"Sayaaaaa!!,"


*terus menyampuk*

"Eh, taklah...,"


*sekali lagi menyampuk*

"Ye, seperti semalam. Haish..!,"

Ok, maybe tidak seserupa semalam., tapi still perasaan 'boring' itu masih ada hingga hari ni. Kukuh. Mantap. Teguh. Tambah-tambah lagi, apabila ditemani dgn sedikit movies dan juga lebih sedikit rentak 'Celine Dion'. Rancak. Walaupun dimainkan berkali2, tapi tiada perasaan benci. Malah, semakin menghayati. Itu lah aku.

"Ish, anehnya," herdik kawan ku.

Tapi, sekejap. Ada aku peduli! Aku rasa muzik itu cukup menghiburkan hati. Lontarkan sahaja apa2 melodi, DNA diri ini tetap menghormati. Taktala, sedih sedang menguasai, 'The Scientist' bersedia untuk mengubati. Seolah-olah membawa diri ini keawang-awangan. Bukan 'sober', tapi lupa sekejap. Untuk meng'reflect' apa yang perlu. Haish. (Sudah dua kali aku guna perkataan ini, tapi aku sendiri tidak faham apa tujuannya). Tidak mengapa. Mak sering berkata;

"Tidak semua benda itu perlukan penjelasan, percayalah"


Rasa hendak ketawa. Tapi benar juga kataya. Bila aku memikirkan ia semula, rasional itu sentiasa ada
. Hati ini mula bersetuju dengannya. Mum is such an amazing being kan?
She is not a noun, but a verb. Walaupun, kadang-kadang aku rasa, kita terlupakan dia. Tapi, doanya tidak pernah jauh dari kita. Dan walaupun kadang-kadang aku rasa kita pernah menipu dia for certain purposes. Tapi, aku percaya. Kita pasti tidak sengaja. Dan aku juga percaya yang mereka diluar percaya dgn apa yg aku percaya.

"Benarkan?"

"Haish." (Sudah tiga kali dah).

Hari ini, aku tidak tahu mengapa. Sedikit pelik. Tiba-tiba aku merasakan menolog dalaman itu cukup membantu. Atau dengan lebih mudahnya, cuba mezahirkan suara hati. Walaupun berbaur ala-ala 'bongok', tapi aku rasa ia ikhlas.


"Ah, sudahlah. Sampai disini sahaja,"


*sedih, sunyi. bersama telefon bimbit.*

5 comments:

azarsyafiq said...

ko semakin menyeramkan aku sahabatku..

The Z A M said...

somehow, I feel, it relieves me abit.

SyapaDoNut said...

tggu jap..
kul 3 esok pgi aku miscall
ok x?
-mood seekers

The Z A M said...

kenapa syafa?...

SyapaDoNut said...

seekers yg cter antu 2 kan?
tetibe teringin nk tgok lak,...hahaha